.tips!.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

selamat mencube!

xoxo,
.shalin.

.at-touba 129.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

p/s : Salam all.

Menurut Ibnu Abi Hatim, perkataan Arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi dijadikan Allah. (Tafsir Ibnu Abi Hatim, tafsir ayat 129, surah al-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki Arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.

Abu Daud dan Ibnu al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membacakan ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak tujuh kali, maka Allah SWT akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah al-Taubah).


xoxo,

.shalin.

.something.

“Tidak ada suatupun yang lebih berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas menikmati Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu mendapati kewujudan kasih sayang kepadanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh”..Umar R.A”.

.red - letter day 2.

Akum all.yeah! i've done with the oral test.now,i am counting days to get back home,KL,this coming deepavali.It is gonna be just a short holiday,but, as long as i can meet up with all the people i love most, should be enough for me.hihi!

As promised,here is the conti of yesterday's post.I post another 4 (kalo larat ah eh).If not,there should be part 3 of it.kikiikki.ok let's just go through it!

3. Bila mana si dia terlalu sebuk.
- Sebagai suami dan lelaki yg sepatutnye bersifat memahami,wanita berkerjaya seperti isteri anda mungkin 'kesuntukan' masa untuk bermesraan sedangkan masih byk tugas di rumah yg perlu dibereskan.Sebagai suami,apa salahnye jika anda meringankan tulang membantu isteri di rumah?itu adalah luahan kasih syg yg paling mudah untuk dilakukan.Kalau hendak,seribu daya!

4. Bila mana hari itu hari istimewa.
- Tidak ramai lelaki mengingati tarikh tarikh penting dlm hubungan mereka lantaran kesibukan mengumpul kekayaan.Kerja itu tidak ada salahnya,malah dituntut.Tetapi jgn pula sampai lupa tarikh lahir si dia atau tarikh ulang tahun perkenalana atau perkahwinan anda.Jika anda 'segan' untuk meluahkan lafaz cinta, tukarlah tabiat itu.Jika bukan untuk dijadikan rutin,jadikan ia wajib pada tarikh2 istimewa bersama si dia.Luangkan masa mengingati memori indah bersamanya dan hadiahkan apa yg di ingininya sebagai hadiah istimewa.

5. Bila mana anda bersantai bersamanya.
- Jadikan masa anda bersamanya itu sebagai masa yg berkualiti.Untuk itu,sesekali bersama,bawala si dia melayani muzik romantik ka,bercuti ka,atau dengan hanya mengunjungi tempat kegemarannya dan menjadi nostalgik buat anda berdua.

6. Bila mana tiada rancangan khas.
- Daripada anda asyik menyarung kain pelikat sambil baring di kerusi panjang,bukankah elok jika anda gunakan waktu begini utk menyemarakkan hubungan anda berdua.Tanpa pengetahuannya,rancanglah sesuatu untuk anda berdua,pasti si dia terharu dan gembira apabila mengetahui anda merancang sesuatu yg special untuknya.Hadiahkan sesuatu yang sudah lama menjadi impiannya.Tidak perlu tunggu hari istimewa untuk menghadiahkan sesuatu buat yang tersyg.

Haaa...abes pon nak taip sume.aish! pening ai.so guys,read this okie?it's a gud tips for u.Keep this along ur relationship,misti koang akan berkekalan.Insyaallah.

xoxo,
-shalin-

.red - letter day.

hye all.just a quick updates. I got an oral test for these 2 days.It is actually an aural-oral test.Yeah.listening and speaking components. The marks is 20%. erm. what so cliche bout me? i am as usual being nervous for it.Super nervous.That is so me. But, i know,i just got to tell it out loud and let it go.after all, u will speak for your whole life of course! ( unless something happen and you wont be able to speak,God forbid! ).

anyway,this post doesnt mean to bristle on any matters.Let's just read below text and you will understand what i mean.

6 perkara yang lelaki perlu belajar.

Wahai kaum adam,ape salahnya jika anda buangkan perasaan ego untuk memujuk dan membelai si dia?kepada lelaki,fahami dan cubalah praktikkan enam perkara di bawah,pasti hubungan anda akan lebih bahagia.

1. Bila mana si dia tidak sihat.
- Tidak dinafikan,waktu2 begini,sesiapun memerlukan lebih perhatian lebih2 lg dr pasangannya.Di situasi ini,dos kasih syg yg berlebihan drpd pasangan amat diperlukan.Daripada hanya sekadar bertanya, " da mkn ubat ke belom??" lebih elok anda antarkan makanan ataupon sup kepadanya.

2. Bila mana si dia stress.
- Anda sepatutnnya menjadi pendengar yang baik.Sudahlah si dia tertekan dgn masalah dan kerja,anda pula bersyarah seolah2 semua berpunca dr sikapnya.itu bukan membantu,malahan menyakitkan hati malah merunsingkan.Ape salahnya anda menasihatinya dengan penuh kasih syg kerana pada saat ini,luahan kasih syg membuatkan dirinya begitu dihargai.

Tak larat nak taip laie 4.nnti sambong eh.

papais! :-h

xoxo,
-shalin-

.Labour of love (to my girlfriends).

I found this from someone's blog.hidd kot name die.This article really catch my eyes and really mean something to me.To my dear girlfriends, fad , inarah and bahi,please read this.love you galz so much!

If a man wants you, nothing can keep him away. If he doesn't want you, nothing can make him stay. Stop making excuses for a man and his behavior. Allow your intuition (or spirit) to save you from heartache. Stop trying to change yourself for a relationship that's not meant to be. Slower is better. Never live your life for a man before you find what makes you truly happy.

If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve then heck no, you can't be "friends". A friend wouldn't mistreat a friend. Don't settle. If you feel like he is stringing you along, then heprobably is. Don't stay because you think "it will get better." You'll be mad at yourself a year later for staying when things are not better.

The only person you can control in a relationship is YOU. Avoid men who've got abunch of children by a bunch of different women. He didn't marry them when he got them pregnant, why would he treat you any differently? Always have your own set of friends separate from his. Maintain boundaries in how a guy treats you.

If something bothers you, speak up. Never let a man know everything. He will use it against you later. You cannot change a man's behavior. Change comes from within. Don't EVER make him feel he is more important than you are... even if he has more education or in a better job.

Do not make him into a quasi-god. He is a man, nothing more nothingless. Never let a man define who you are. Never borrow someone else's man. If he cheated with you, he'll cheat on you. A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you. All men are NOT dogs. You should not be the one doing all the bending... compromise is two-way street. You need time to heal between relationships... there is nothing cute About baggage... deal with your issues before pursuing a new relationship. You should never look for someone to COMPLETE you...
a relationship consists of two WHOLE individuals. look for someone complimentary not supplementary.

Dating is fun even if he doesn't turn out to be Mr. Right. Make him miss you sometimes. when a man always know where you are, and you're always readily available to him - he takes it for granted. Never move into his mother's house. Never co-sign for a man. Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need. Keep him in your radar but get to know others.

They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them and an entire life time to forget them.

p/s : inarah darling,i always be here if u need me.take care okie?see you in 2 wks time yah. love u!

XOXO,
-shalin-

.labour of love.

akum all.lame tak apdet kan.maken hari maken malas.knape?I just dont feel like updating it.haha! anyway,before its too late..happy eid mubarak yah.mohon maaf zahir batin.mai dtg raye umah ai..tp kalo i tadek,u raye same parents i laa eh.uhhuh. How was my raya?erm..it is not that enjoyable pon.cuti raye nyeh agak pendek.ape ntah.

I actually dont really know what to write.so i guess i should stop.Will be back but not square yeah! haha!

p/s : fad,i saw you and epoi in facebook.u both are so sweet.u must be counting the days kan?gudlak darling! wish u all the happiness in the world.love u!


.love.
-shalin-

.al-insyirah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Dear almighthy God,
tabahkan hatiku.kuatkan semangatku.tunjukkan lah aku jln yg membawa kebaikan kepada ku,agamaku,kehidupanku dan mudah mudahan menjadi berkah kepadaku.Serta puaskan lah hatiku dengan takdirMu.

.amin.