.at-touba 129.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

p/s : Salam all.

Menurut Ibnu Abi Hatim, perkataan Arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi dijadikan Allah. (Tafsir Ibnu Abi Hatim, tafsir ayat 129, surah al-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki Arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.

Abu Daud dan Ibnu al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membacakan ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak tujuh kali, maka Allah SWT akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah al-Taubah).


xoxo,

.shalin.

No comments: